إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ

ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢) ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ

ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقًّ۬ا‌ۚ لَّهُمۡ

دَرَجَـٰتٌ عِندَ رَبِّهِمۡ وَمَغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (3) Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (4)  (al Anfal)

Menyoroti Firman suci di atas, kita akan menemukan suatu konsep kehidupan manusia mukmin haqiqi yang diredhai Allah. Manusia mukmin yang kerangka hidupnya terbina pada dua teras maknusiawi yang utuh. Dua teras itu ialah teras ruhiyyah dan teras jasadiyyah. Teras ruhiyyah meliputi unsur batin atau spiritual yang menjelmakan ‘gementar hati’, ‘bertambah iman’, dan ‘tawakkal’. Adapun unsur jasadiyyah atau amali fizikal pula menjelmakan ‘solat’ dan ‘bersedekah’ atau jihad harta.

Ini adalah dua teras maknusiawi mukmin yang perlu dijelmakan dalam hidup ini. Unsur ruhiyyah mesti ada dan mesti pula mampu menjelmakan unsur-unsur jasadiyyah atau amali. Tidak  ada makna ‘gementar hati’ kerana takutkan Allah jika rasa hati itu tidak mampu membawa pemiliknya bersembah sujud kepada Allah melalui amali solat dan juga bersedekah. Demikian juga jika hanya bersolat atau bersedekah, tetapi solatnya atau sedekahnya pula kering dari rasa takut yang tulus yang membawanya khusyu’ dan tawakkal kepada Allah.

 

فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ

يُرَآءُونَ

 

Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),  (Al-Maun)